Social Icons

Mengenai KPS

Kelab Pidato Toastmasters Sibu (KPTS) ialah sebuah NGO dan NPO atau badan bukan kerajaan yang bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan untuk mengajar cara berpidato serta kemahiran kempimpinan. KPTS merupakan kelab di bawah naungan Sibu Toastmasters Club, kelab induk pemidato di Sibu yang berada di bawah naungan Toastmasters International. Nombor pendaftaran kelab KPTS ialah 2339900.

Misi Kelab: Untuk menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan positif di mana setiap ahli mempunyai peluang untuk membangunkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan, yang seterusnya memupuk keyakinan diri.


Soalan yang sering ditanya.
Apakah pidato?
Pidato bermaksud kegiatan memberikan ucapan kepada khalayak ramai atau berorasi untuk memberikan pendapat atau gambaran tentang sesuatu hal kepada seseorang/ramai individu.

Apakah Toastmaster?
Toastmaster International merupakan satu organisasi global yang membantu meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan seseorang individu. Ahli Toastmaster akan melakukan projek (seperti menyusun atur ucapan, memberi sesi humor, mengawal nada dan gerak badan dan sebagainya) dan akan dianugerahkan sijil yang dikenali di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, klik di sini untuk melayari laman Toastmasters International.

Adakah saya perlu berdebat di dalam Kelab Pidato Sibu?
Tidak semestinya. Setiap mesyuarat KPS mempunyai program khas untuk memberi peluang kepada ahli dan hadirin untuk mengasah bakat pidato, pemberian hujah, ucapan, persembahan PowerPoint dan cara-cara komunikasi yang lain. Perdebatan atau debate biasanya akan diadakan sekali-sekala untuk pertandingan di dalam kelab.

Apa yang di lakukan di dalam mesyuarat KPS?
Setiap mesyuarat akan dijalankan mengikut program yang telah dijadualkan. Berikut adalah turutan program-program tersebut mengikut turutan:

1. Sesi humor (para hadirin dijemput berkongsi cerita melucukan)
2. Sesi topik terbuka (para hadirin dijemput memberikan hujah tentang topik yang diberikan)
3. Sesi projek pidato (pemidato khas tampil memberikan ucapan projek masing-masing)
4. Sesi meja bulat (para hadirin dialu-alukan berkongsi pendapat tentang sesuatu isu)
5. Bersurai

Siapa yang boleh menyertai kelab ini?
Sesiapa sahaja boleh menyertai kelab ini tidak mengira latar belakang. Anda juga dialu-alukan untuk hadir ke mesyuarat sebagai hadirin untuk melihat bagaimana KPS mampu memberikan manfaat kepada anda. Untuk menyertai sebagai ahli, anda seharusnya berumur 18 tahun ke atas.

Berapa bayaran keahlian?
Sesi keahlian adalah berdasarkan semester (6 bulan). Bayaran per semester ialah USD36.

Bayaran tersebut merangkumi:
1. Kelayakan melakukan projek
2. Penerimaan sijil/surat pengesahan dari ibu pejabat Toastmasters di Santa Margarita, USA
3. Majalah bulanan Toastmasters International


Adakah Kelab Pidato Sibu satu-satunya kelab pidato di Sibu?
Tidak. KPTS beroperasi di bawah naungan induknya iaitu Sibu Toastmasters Club. Tetapi KPTS merupakan satu-satunya kelab pidato dwibahasa Malaysia/Inggeris di Sibu. Terdapat 9 kelab pidato atau Toastmasters di Sibu selain KPTS:

01. Sibu Toastmasters Club (Bahasa Inggeris)
02. Swan City Toastmasters Club (Bahasa Inggeris)
03. UCTS Toastmasters Club (Bahasa Inggeris)
04. Diamond Speakers Gavel Club (Bahasa Inggeris, untuk pelajar 18 tahun ke bawah)
05. Sibu Mandarin Toastmasters Club ( Bahasa Mandarin)
06. Sibu Rainbow Toastmasters Club (Bahasa Mandarin)
07. Sarawak Pan Chen Lau Association Toastmaster Club (Bahasa Mandarin)
08. Sibu Mingchiang Tunhion Huay Toastmasters Club (Bahasa Mandarin)
09. Sibu Foochow Association Toastmasters Club (Bahasa Mandarin)
10. United Chinese Association Toastmasters Club (Bahasa Mandarin)
 

Sample text

Sample Text

Tarikh:
Rabu minggu kedua dan keempat setiap bulan

Masa:
7:15pm-9:00pm

Tempat:
Pusat Khidmat DUN Nangka, Bandong

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 017-8561656.