Sabtu, 7 Januari 2012
Mesyuarat 07/01/2012
KPS menyambut tahun baru dengan mengadakan mesyuarat pertama di lokasi yang baru. Terima kasih kepada AJK dan juga sokongan Encik Syed Hamza dari Hotel Zuhra atas bilik yang disediakan khas untuk KPS bermesyuarat.
Pada malam tersebut juga dihadiri oleh beberapa tetamu istimewa yang turut menyumbangkan pendapat dan menunjukkan kemahiran masing-masing.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 21 Januari 2012 (Sabtu) pada jam 7:15pm dan akan bertempat di Zuhra Hotel.
Isnin, 19 Disember 2011
Makan Malam Krismas 2011
Ahli KPS telah menghadiri Makan Malam Krismas bersama kelab-kelab pidato lain di Sibu pada Ahad, 18 Disember lalu. Kelab-kelab lain iaitu Sibu, Swancity, Mandarin, Pan Chen Lau dan Mingchiang telah dikejutkan dengan pengumuman penubuhan Kelab Pidato Sibu.
KPS akan menyertai beberapa jamuan bersama kelab lain, satu tradisi Toastmasters di Sibu, seperti lawatan Tahun Baru Cina, Hari Raya, lawatan ke ladang kambing dan sebagainya setiap tahun bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.
Ahad, 18 Disember 2011
TLI Round 2
Klik gambar untuk resolusi yang lebih besar.
Beberapa wakil dari KPS telah menghadiri Toastmasters Leadership Institute Round 2, di Paramount Hotel pada hari Sabtu, 17 Disember 2011.
Latihan ini dianjurkan oleh pemidato dari Pan-Chen Lau's Clan Association untuk membantu semua kelab di Daerah E (Sibu hingga Miri) mengetahui cara-cara untuk mengendalikan kelab masing-masing.
Lieutenant Governor Marketing Datin Grace Chium , Division Governor E Siong Teck Yian serta Chief Club Coach Richard Tsen telah hadir untuk memberi petua dan menjawab soalan tentang pengendalian kelab.
Sabtu, 17 Disember 2011
Mesyuarat 16/12/2011
Mesyuarat kedua KPS telah dijalankan di Pusat Khidmat DUN Nangka, Bandong malam semalam. Kali ini semua ahli telah diberikan peluang untuk memainkan peranan penting seperti Pengira Ah (mengira berapa kali seseorang menggunakan 'uh' 'ah' dan ayat-ayat lain yang berulang), Penjaga Masa, Pengacara Topik Terbuka dan lain-lain.
Syabas kepada semua yang menyahut cabaran memainkan peranan-peranan tersebut dan secara langsung telah menceburi asas-asas komunikasi dan pemimpinan yang dipupuk di kelab ini.
Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada 7 Januari 2012 (Sabtu) pada jam 7:15pm. Mesyuarat akan bertempat di Pusat Khidmat yang sama tetapi mungkin akan beralih ke tempat yang lebih besar untuk membenarkan lebih ramai kehadiran para hadirin serta ahli.
Anda juga boleh menyertai KPS dan mendapat berita terkini melalui link ini (klik).
Sabtu, 3 Disember 2011
Mesyuarat 03/12/2011
Mesyuarat pertama KPS telah dijalankan pada Sabtu 3 Disember di Pusat Khidmat DUN Nangka, Bandong. Walaupun hujan para hadirin dari pelbagai latar belakang yang datang sejauh dari Lanang menghadiri mesyuarat ulung ini untuk mengetahui apa KPS sebenarnya dan juga mencuba bakat berpidato masing-masing. Hujah, ucapan dan cerita yang dikongsi amat menarik sehingga ada yang menangis berkongsi cerita yang mengharukan dan juga ketawa pada sesi humor yang menampilkan beberapa cerita lucu Sibu.
Jika anda berminat untuk menyertai mesyuarat KPS dan melihat bagaimana kelab ini mampu memupuk kebolehan komunikasi anda, anda boleh menghadiri mesyuarat seterusnya pada 17 Disember 2011 di Pusat Khidmat DUN 2011.
Anda juga boleh menyertai KPS dan mendapat berita terkini melalui link ini (klik).
Anda juga boleh menyertai KPS dan mendapat berita terkini melalui link ini (klik).
Jumaat, 18 November 2011
Anda ingin meningkatkan kemahiran komunikasi dan kepimpinan?
KPS kini sedang menjalankan proses pendaftaran untuk menubuhkan kelab pidato pertama di Sibu. Hubungi 017-8561656 untuk maklumat lebih lanjut atau mendaftar melalui link ini.
Perjumpaan ulung KPS akan diadakan:
Tarikh: 3 Disember 2011
Masa 7:30pm
Tempat: Pusat Khidmat DUN Nangka, Bandong
Langgan:
Catatan (Atom)